Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Thursday, August 20, 2020

MENGINTAI HILAL 1 MUHARRAM 1442H

Alhamdulillah, syukur kita masih lagi berpeluang merasai nikmat melangkah ke tahun hijrah yang baru iaitu 1442 Hijrah. Bagi mengetahui masuknya awal bulan baru, maka cerapan anak bulan mestilah dilakukan.


19 Ogos 2020

Balai Cerap Kota Bharu telah membuat persiapan mencerap hilal 1 Muharram 1442H. Sambil menanti waktu hilal terbit, sekitar 6:15 pm kami sempat merakam imej matahari yang sangat cantik sebelum ia ditutupi oleh awan.

Matahari yang dirakam dengan teknik primer iaitu DSLR Nikon D810A disambung pada teleskop Sky Watcher 6inci, ISO 400, dengan apps SparkoCam.



Persiapan mencerap hilal 1 muharram 1442H

Keadaan langit yang berawan tebal menyebabkan anak bulan 1 muharram 1442H tidak berjaya dilihat dari teleskop apalagi dengan mata kasar. Foto di bawah menunjukkan keadaan langit tempatan dari Balai Cerap Kota Bharu.

Langit yang berawan tebal telah menyukarkan hilal dicerap dengan teleskop Schmidt-Cassegrain 12 inci



20 Ogos 2020

Hari ini, syukur alhamdulillah cuaca yang baik serta langit yang bersih berbanding semalam membolehkan kami meneropong anak bulan berumur 32 jam bahkan dapat melihatnya juga dengan mata kasar! Sungguh mengujakan! 


Kenampakan anak bulan 1  Muharram berumur 32 jam menggunakan telefon pintar dari Balai Cerap Kota Bharu


Foto di atas menunjukkan bentuk anak bulan berbentuk ب yang sangat nipis dan memerlukan fokus yang tinggi untuk melihatnya dengan mata kasar. Kesimpulannya, mencerap hilal adalah antara salah satu pengalaman yang amat berharga. Cerapan juga memerlukan kepada ilmu pengetahuan untuk menentukan koordinat bulan. 

Sekian sahaja serba sedikit perkongsian berkaitan aktiviti cerapan dari BCKB.



Penulis: Siti Suhaibah
Sumber foto: Siti Suhaibah
Tempat: Balai Cerap Kota Bharu, Kelantan

1 comment:

PakSidi said...

Slm, saya baru tahu kewujudan balai cerap kb di Salor. Kalau ada bengkel, mau jugak ikuti. Ini email untuk dihubungi. Kmsalor at gmail.com