Assalamualaikum para pembaca sekalian,
saya Nik Ainur Athirah, pelajar Sarjana Muda Sains Senibina di UiTM Perak telah mengikuti Program Khidmat Masyarakat selama beberapa hari di Pulau Perhentian, Terengganu. Program tersebut bertujuan untuk menyelami cara hidup penduduk di Pulau Perhentian Kecil dan membantu menyumbangkan tenaga kerja untuk mereka. Cara hidup mereka sangat mudah kerana mereka melakukan kerja yang lebih kurang sama pada setiap hari. Terdapat juga kemudahan seperti sekolah, pondok polis dan stesen minyak. Penduduk di pulau tersebut sangat rapat antara satu sama lain. Kebanyakan penduduk mempunyai bot sendiri yang digunakan untuk bekerja. Bot tersebut kebanyakannya digunakan untuk membawa pelancong-pelancong yang datang melancong ke pulau tersebut.
Pada siang hari, saya dan rakan-rakan memenuhi waktu lapang dengan aktiviti snorkeling. Pada waktu malam pula, saya berkesempatan mengambil beberapa keping gambar galaksi bima sakti atau lebih dikenali sebagai Milky Way. Cuaca sangat baik sepanjang saya berada di sana walaupun sedikit berawan. Hampir setiap malam langit dipenuhi bintang-bintang dan planet. Suasana di pulau tersebut pada waktu malam sangat cantik. Kawasan pantai yang gelap sangat sesuai untuk penggemar astrofotografi.
Di sini saya sertakan gambar-gambar yang telah saya rakam dengan menggunakan Nikon D90 dan gambar-gambar yang telah saya proses menggunakan Picasa 3 dan Adobe Photoshop CS6.
ISO 1000 15s f/0
ISO 800 25s f/0
ISO 640 15s f/0
ISO 1000 15s f/0
ISO 800 30s f/0
ISO 800 30s f/0
Suasana di
pulau dan di bandar sangat berbeza. Pulau menjanjikan suasana yang tenang dan
pemandangan yang cantik. Saya berharap dapat mengunjungi Pulau Perhentian lagi
apabila berkesempatan.
Sekian dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi, wassalam.
No comments:
Post a Comment