Assalamualaikum,
Pada malam ini kami bertandang ke rumah Dr Rowi untuk
melihat dan merakam imej-imej planet yang berada di angkasa sekarang ini
terutama planet Marikh kerana pada malam ini posisi Marikh adalah paling dekat
dengan Bumi. Oleh sebab planet Marikh bercahaya dan kemerah-merahan, ia dapat
dilihat dengan mata kasar.
Kami menggunakan kemudahan-kemudahan di Balai Cerap Mini
milik beliau untuk merakam dan melihat imej-imej planet. Berikut merupakan imej
planet Marikh yg berjaya kami rakamkan pada malam ini.
Jarak antara Bulan dengan Marikh
Pada ketika ini, kedudukan planet Marikh adalah terdekat dengan Bumi iaitu pada jarak 92 juta kilometer (92 000 000 km).
Planet Marikh kelihatan sangat kecil kerana saiznya hanyalah separuh daripada saiz Bumi.
9.20pm
10.20pm
11.55pm
12.59am
2.00am
Kutub planet Marikh berwarna putih kerana diselaputi oleh karbon dioksida beku.
3.15am
4.00am
4.30am
Antara peralatan yang kami gunakan sepanjang pengambilan
imej ini adalah:
- Teleskop Takahashi Mewlon 10 inci/ Ap 1200 Mount
- Kamera Skynix Color •1000 frame, 1200 frame, 1500 frame
- Diproses melalui Registax
- Diedit melalui Adobephotoshop
Kami memohon maaf kerana terlambat memuat naik gambar-gambar planet Marikh.
Sekian dari kami,
Kelab Mahasiswa Falak
Muhamad Khamis
Muhammad Azim
Dari Balai Cerap Mini Dr Rowi
16 April 2014
1 comment:
thumbs up and up!!!
keep the post alive!!!
Post a Comment