Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Monday, April 28, 2014

Jom baca keadaan di angkasa raya

Assalamualikum w.b.t..

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Marikh memiliki gunung terbesar iaitu 'Olympus Mons'"dengan ketinggian 24.14 km atau 15.5 batu dengan diameter 372 batu lebar. Menjadikan ia tiga kali lebih tinggi berbanding gunung Everest. Planet Marikh juga mempunyai jurang terbesar dalam sistem suria kita dinamakan 'Valles Marineris' di mana panjangnya sejauh 2500 batu dengan kedalaman 4 batu. Tarikan graviti di planet Marikh sangat rendah sehinggakan manusia yang beratnya 100kg di bumi akan menjadi 38kg di Marikh. Selain itu, Marikh juga mempunyai dua bulan yang dinamakan sebagai bulan Phobos dan bulan Deimos. Planet Marikh dinamakan bersempena nama Dewa Perang Rom kerana warnanya yang berwarna merah darah.

Planet yang terbesar sehingga mampu memuatkan 1300 Bumi ke dalamnya ialah Musytari atau lebih dikenali sebagai Jupiter dan ia mempunyai jirim yang terbesar yang mengadungi 71% semua jirim di bumi dan ketumpatan di Musytari adalah 1/3 lebih besar dari air. Musytari mempunyai gelang tetapi iannya tidak dapat dilihat dari bumi. Gelang yang terdapat di planet Musytari 100 kali ganda lebih legap dari gelang planet Zuhal/ Saturn. Ketebalan gelang tersebut kurang daripada 30km tebal. Voyager 1 telah mengambil imej gelang pertama pada tahun 1979. Terdapat 16 buah bulan di Musytari dan kebanyakkannya adalah bulan-bulan yang kecil. Terdapat empat buah bulan yang besar dan utama di Musytari di panggil 'Galilean' bersempena dengan orang yang menemuinya iaitu Galileo Galilei. Bulan tersebut diberi nama Callisto, Ganymede, Europa dan Io. 

Zuhal merupakan planet kedua terbesar yang ada di sistem suria kita dan berada di kedudukan yang keenam. Masyarakat Rom menggelarkannya sebagai Saturn kerana di ambil bersempena Dewa Pertanian. Planet ini kurang ketumpatannya daripada air sehinggakan jika kita meletakkan Zuhal di dalam tab mandi, ia akan terapung. Zuhal mempunyai 49 buah bulan yang telah disahkan dan 39 daripadanya telah diberikan nama. Bulan yang paling jelas untuk dilihat melalui teleskop adalah bulan Titan, ia merupakan satu-satunya bulan yang mempunyai atmosfera yang tebal dalam sistem suria. 

Imej di bawah merupakan imej yang telah dirakamkan pada 27-28 April 2014 dan peralatan yang kami gunakan dan pemprosesan imej tersebut ialah:-

- Teleskop Takahashi Mewlon 10 inci/ Ap 1200 Mount
- Kamera Skynix Color •1000 frame, 1200 frame, 1500 frame,
- Diproses melalui Registax
- Diedit melalui Adobephotoshop

27 April 2014

Jam 3.00 am

Jam 3.10 am

Jam 4.00
Jam 10.14 pm

Jam 10.25 pm
Jam 6.00 am

Jam 6.15 am
Gambar yang di atas ini diambil pada waktu subuh yang mana ketika itu kedudukan bulan dan Venus begitu hampir. Saya tidak berkesempatan untuk mengambil imej bulan dan Venus kerana kekhilafan saya sendiri.

28 April 2014

Jam 1.45 am

Jam 1.53 am

Jam 1.58 am

Jam 2.07 am

Jam 12.40 am

Jam 12.47 am
Jam 12.52 am
Semoga perkara yang saya telah coretkan dalam blog ini dapat diambil faedahnya dan secara langsung telah menambahkan ilmu kepada pembaca.

Sekian dari kami,
Kelab Mahasiswa Falak,
Shahirah
Muhamad Khamis
Toha

Dari,
Balai Cerap Mini Dr Rowi
28 April 2014, jam 07.53 malam.

No comments: