Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 1432 : New Moon Gazing | Cerapan Hilal Ramadhan 1432

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dan marilah kita bersyukur kepada Allah, Tuhan yang menciptakan alam semesta kerana berpeluang menikmati bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini sekali lagi.

Pada cerapan hilal Ramadhan 1432 ini, pihak kami memilih Pantai Mek Mas sebagai tempat cerapan rasmi. Kumpulan ini telah disertai oleh ahli daripada Balai Cerap Mini Dr Rowi iaitu Dr. Rowi sendiri, Ustaz Mohd Nor, Abdullah Hassan, Hakimi Hashim, Abdul Razak Omar, Ahmad Ashraf Azhar, mahasiswa daripada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), pelajar daripada Maahad Muhammadi (Perempuan), MMP.



Penyertaan pelajar-pelajar daripada MMP secara langsung, memberikan peluang kepada mereka untuk mengetahui teknik-teknik cerapan Hilal. Ustaz Mohd Nor, selaku guru pengiring dan Penasihat Persatuan Falak Syar'ie MMP memberi taklimat kepada pelajar-pelajar daripada FPSMMP.


Terdahulu sebelum itu, penulis bersama-sama Abdullah Hassan berkumpul di Balai Cerap Mini Dr Rowi seawal jam 2 petang lagi. Kami bersama-sama menyediakan dan mempersiapkan alatan-alatan yang akan digunakan untuk mencerap. Untuk cerapan kali ini, alatan yang digunakan adalah, Teleskop Takahashi, laptop, perisian yang digunakan adalah TheSky6 yang di sambung terus kepada teleskop. Binokular dan beberapa buah kamera SLR juga digunakan.


Malang sekali pada kali ini Hilal Ramadan tidak kelihatan kerana ditutupi oleh awan yang tebal sebaik sahaja teleskop dan alatan yang sudah bersedia untuk rakaman dan cerapan. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Abdullah Hassan, Hilal akan kelihatan sehingga pukul 7.55mlm dan dijangka dapat dilihat jika cuaca mengizinkan atas dasar kedudukan hilal dan umur yang agak baik pada kali ini. Tapi apakan daya semuanya sudah ditentukan oleh Allah terlebih dahulu. Mungkin tahun ini kita semua tidak bernasib InshaAllah tahun depan kita akan berkumpul lagi.


Gambar-gambar yang dirakam pada petang tadi dilampirkan di bawah.

Ahmad Ashraf Azhar,

Balai Cerap Mini Dr Rowi
1 Ramadhan 1432.






Persiapan bermula seawal 6.30 ptg

Teleskop yang telah di'synchronize'kan dengan laptop akan memudahkan pencerap.



U. M. Nor menyampaikan taklimat kepada ahli Persatuan Falak Syar'ie MMP





Selain teleskop, binokular juga penting kerana ia mudah dikendalikan




Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi
Disediakan oleh
Ashraf

8 comments:

amahir said...

nice report and superb photos~! xleh ttek skik abuk ore kato.. ni musti ust abdullah hassan al-hafiz lupa bc doa penolak awan

Dr. Rowi said...

Dr, bukan tak baca doa tapi tersalah sebut mohon awan tebal bukan tolak awan, sebab tu pada mulanya cuaca molek pah baca doa jadi mace ni..
Tak sir mari umoh ko Dr?..tak kan sibuk sapa tak leh tengok anak bule
Rowi

WHEATHER GUY said...
This comment has been removed by the author.
mymoon said...

Seronok sembahyang terawih tepi pantai. Tak pernah lagi.

Aziz

Dr. Rowi said...

Abe Aziz mari balik kelate ..cuaca sangat comel loni
Pagi dan petang boleh wat matahari. lepas terawih ambil gambar saturn dan sebelum sahur boleh tengok musytari

Anonymous said...

alhamdulillah..diberi peluang macam ni..orang yang bukan ahlinya buleh ko join?

-yang berminat-

Dr. Rowi said...

Boleh anytime, mari umoh la...

Anonymous said...

k.syukran DR