Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Friday, February 24, 2012

Himpunan planet-planet dan Bulan

Assalamualaikum,
Pada petang tadi sebaik sahaja Matahari terbenam kelihatan bulan sabit yang cantik dan sangat indah dan dua bintang yang agak jelas pada arah barat, dua bintang tersebut sebenarnya adalah planet Zuhrah dan Musytari. Cuaca di Kota Bharu amat cantik sekali sehingga sukar untuk melihat walaupun setompok awan. Sebaik sahaja selepas jam sembilan malam, apabila kita cuba untuk merakamkan planet Musytari dengan menggunakan teleskop Mewlon awan mula kelihatan menutupi sebahagian besar langit di Kota Bharu.

Kami berharap agar cuaca bertambah baik kerana kami bercadang untuk merakamkan imej planet Marikh dan Zuhal pada tengah malam ini.

Walau bagaimanapun kami sempat merakamkan imej himpunan planet-planet dan Bulan tersebut.

Dari Balai Cerap Mini Dr Rowi

Sekian dari Mohd Hafiz, Ara-Hiim dan juru kamera ABEjih

No comments: