Saya berasa sangat tenang ditemankan udara malam yang nyaman, serta beberapa kelompok awan yang mana Alhamdulillah tidak menggangu kerja-kerja mengambil gambar pada malam ini ..
Pada mulanya imej Sang Marikh kelihatan agak tidak jelas . Namun, setelah menunggu beberapa minit untuk proses penyuntingan, maka Alhamdulillah beberapa keping gambar berjaya dirakamkan ...
Begitulah lumrah kehidupan, sifat sabar yang tinggi haruslah sentiasa diamalkan selalu ..!
Betapa kerdilnya diri ini dirasakan apabila mahu dibandingkan dengan Sang Marikh yang jauh lebih gah dan perkasa dari diri ini.
Subhanallah ! Inilah salah satu tanda kekuasaan Allah S.W.T yang tidak dapat kita bayangkan keseluruhan keagungan ciptaan-Nya ..
Manakan tidak, dunia yang seluas Bumi ini sahaja, tidak sempat lagi diterokai sepenuhnya oleh saya ..
Wallahu'alam ..
Gambar Planet Marikh yang berjaya diambil
No comments:
Post a Comment