Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Sunday, February 26, 2012

Planet-planet pada 25 dan 26 Feb

Assalamualaikum,


Pada petang tadi (25/3/12) kita telah bernasib dapat melihat kesemua 5 planet dengan mata kasar dan kesemuanya telah dirakamkan dengan dengan kamera Skynyx. Planet-planet itu ialah:


1. Utarid (Mercury)
2. Zuhrah (Venus)
3. Marikh ( Mars)
4. Musytari (Jupiter) dan terakhir
5. Zuhal (saturn)

Diantara planet-planet ini, planet Mercury lah yang paling sukar sekali untuk dirakamkan kerana ia berada paling rendah dan kerana itu imejnya kelihatan amat kabur akibat dari gangguan lapisan atmosfera Bumi (imej dibawah). Planet Zuhrah juga masih dalam bentuk bulan separuh dan terang sekali jika dipandang dengan matakasar



Kebetulan pada petang tadi berlaku transit pada permukaan Musytari dimana salah sebuah bulanya melintasi pada permuakaanya sehingga bayangan bulan ini menimpa pada permukaanya. Ia kelihatan seperti satu titik hitam permukaanya yang jelas kelihatan walaupun dengan matakasar melalui teleskop......lihat imej diatas.
Planet Marikh juga amat cantik jika dilihat dengan mataksar tetapi melalui teleskop permukaanya sentiasa berubah-ubah. Saiznya juga sedikit bertambah besar dan akan kemuncak pada awal Mach ini......jangan lepaskan peluang

Permukaan bulan sabit juga dirakamkan

Salam dari Balai Cerap mini Dr. Rowi
 

No comments: