PANTAI MEK MAS 6 JUN - Kami bersama-sama dengan wakill Jabatan Ukur (JUPEM), JKPTG, Jab Mufti Kelantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK), Pelajar- pelajar KIST berserta pensyarah, pelajar KIAS dan penduduk sekitar telah melakukan pencerapan dan pengimejan anjuran Balai Cerap Mini Dr. Rowi. Tetapi malang sekali cuaca tidak mengizinkan sejak semalam lagi langit dilindungi oleh awan tebal sehingga berakhirnya fenomena transit tengah hari tadi. Amat sukar sekali untuk kita merakamkan imej transit planet zuhrah.Ttetapi kadang-kadang diketika cuaca baik kita sempat merakam transit planet zuhrah dan kita amat bertuah pada pagi ini semasa rakaman dilakukan tiba-tiba kapal terbang (? MAS / Air Asia) melintasi permukaan Matahari.
Berikut merupakan gambar yang sempat dirakamkan. Kebanyakan imej transit telah dirakamkan dengan menggunakan teleskop coronado 40mm yang dilengkapi dengan penuras alpha hidrogen dan kamera skynyx (mono) diproses dengan registax 6 dan photoshop.....
Foto kredit bersama Ainun. Thank U & Berbaloi-baloi...:)
Disediakan oleh:
NIK MOHD RAZIF BIN NIK HASHIM (
abejih@gmail.com)
4 comments:
tahniah dr dapat ambil gambar yang cantik sebegini. kudos
Terima kasih....nasib baik saja
Rowi
canggih la gambar tu Dr.
Awesome!!! Memang saya minat, ada anak saya minat tapi usaha tu sikit sangat. Lovely photos dalam semea post mei jun .
Azmi ghazali
Post a Comment