Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Wednesday, June 6, 2012

Double Transit di Pantai Mek Mas

PANTAI MEK MAS 6 JUN - Kami bersama-sama dengan wakill Jabatan Ukur (JUPEM), JKPTG, Jab Mufti Kelantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK), Pelajar- pelajar KIST berserta pensyarah, pelajar KIAS  dan penduduk sekitar telah melakukan pencerapan dan pengimejan anjuran Balai Cerap Mini Dr. Rowi. Tetapi malang sekali cuaca tidak mengizinkan sejak semalam lagi langit dilindungi oleh awan tebal sehingga berakhirnya fenomena transit tengah hari tadi. Amat sukar sekali untuk kita merakamkan imej transit planet zuhrah.Ttetapi kadang-kadang diketika cuaca baik kita sempat merakam transit planet zuhrah dan kita amat bertuah pada pagi ini semasa rakaman dilakukan tiba-tiba kapal terbang (? MAS / Air Asia) melintasi permukaan Matahari.

Berikut merupakan gambar yang sempat dirakamkan. Kebanyakan imej transit  telah dirakamkan dengan menggunakan teleskop coronado 40mm yang dilengkapi dengan penuras alpha hidrogen dan kamera skynyx (mono) diproses dengan registax 6 dan photoshop.....

Foto kredit bersama Ainun. Thank U & Berbaloi-baloi...:)









Disediakan oleh: NIK MOHD RAZIF BIN NIK HASHIM (abejih@gmail.com)

4 comments:

Unknown said...

tahniah dr dapat ambil gambar yang cantik sebegini. kudos

Dr. Rowi said...

Terima kasih....nasib baik saja
Rowi

Anonymous said...

canggih la gambar tu Dr.

Ikelah said...

Awesome!!! Memang saya minat, ada anak saya minat tapi usaha tu sikit sangat. Lovely photos dalam semea post mei jun .

Azmi ghazali