Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Tuesday, September 18, 2012

Sudah lama tidak bersama peminat astronomi

Assalamualaikum...

Semoga saudara dan saudari semua sentiasa berada dalam lindungan Allah..
Agak sudah sekian lama kita tidak menulis diruangan ini...bukan kerana tidak berminat lagi tetapi atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakan seperti:

1.  Berada di Sampit Kalimantang Tengah Indonesia kerana membantu kanak2 yang kurang bernasib yang mengidapi bibir sumbing dan celahan lelangit untuk menjalankan pembedahan

2. Anak sulung berkahwin...nampaknya umur saya sudah lama dan kalau ada rezeki mungkin dapat pangkat original Dato'

3. Cuaca yang tidak menentu sekarang ini.....memang tahun merupakan tahun yang muram bagi peminat2 astronomi seluruh Kelantan dan mungkin juga Negera. Boleh dibilang dengan jari cuaca yang baik...sukar sekali untuk kerja2 astrofotografi


 
Salah seorang pesakit yang telah selamat menjalankan pembedahan bibir sumbing
 
Salah seorang pesakit yang sudah pun dibiuskan tapi belum lagi di bedah bibirnya
 
Kerja-kerja pembedahan bibir sumbing sedang dijalankan oleh team pakar pembedahan mulut dari USM
 
 
 Manakala kerja2 pembiusan dilakukan oleh saya sendiri dan dibantu oleh anak saya yang juga bakal menjadi seorang doktor tidak berapa lama lagi
 
Juga tidak ketinggalan dibantu oleh pakar bius muda dari Indonesia sendiri...
 
 
 
Ketibaan rombongan kita disambut dengan penuh meriah dengan acara kebudayaan penduduk Sampit Kalimantang  Tengah Indonesia
 
Sekembalinya dari Sampait indonesia...kerja2 pembersihan pula disekitar rumah untuk meyambut menantu baru...
 
Beginilah cuaca di KB sejak sekian lama...awan tebal, hujan, kilat dan guruh sehingga kerja2 astrophotografi tidak dapat dijalankan...
 
.........tetapi cuaca di KB pada 21/9/12 tiba menjadi amat terang dengan tiada sedikit pun awan. Langit kebiruan bagaikan air laut yang amat jernih....kalaulah cuaca sebegini berterusan sehingga ke malam pasti projek astrofotografi akan menjadi lebih menarik....
 
 
 
Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

2 comments:

Pondok Putri 1234 said...

Tahniah bos kerana dapat menantu dan diatas kerja-kerja amal yg dilakukan hanya Allah saja yg dapat membalasnya, cuaca yinggo molek kena gi nyuluh sana sekali nampak hehehehe

Dr. Rowi said...

Kalu nak gi sana lagi bagitau kita la....kita pun teringin lagi nak kesana..