بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum para pembaca sekalian,
Assalamualaikum para pembaca sekalian,
Pada 11 Ogos 2014, Bulan berada pada kedudukan perigee iaitu
kedudukan yang paling dekat dengan Bumi. Jaraknya lebih kurang 356 896km dari
Bumi. Apabila Bulan berada pada kedudukan perigee, ia akan kelihatan lebih
besar dan lebih cerah daripada kebiasaannya.
Apogee pula istilah yang digunakan apabila kedudukan Bulan
paling jauh dengan Bumi.
Imej-imej tersebut berjaya dirakam oleh saya sepanjang
berada di rumah baru Dr Rowi di Salor dengan menggunakan teleskop dan kamera DSLR.
Sumber: NASA
Keadaan Bulan tidak semestinya Bulan penuh apabila
berlakunya perigee atau apogee. Bulan penuh memberi peluang untuk kita
membandingkan saiz Bulan pada keadaan perigee dengan saiz kebiasaannya.
Jarak Bulan dari Bumi sentiasa berbeza kerana Bulan
mengelilingi Bumi pada orbitnya yang berbentuk elips.
Perigee berlaku
hampir setiap tahun kerana orbit Bulan berbentuk elips. Walau bagaimanapun,
jarak perigee dan apogee Bulan tidak sentiasa sama.
Peristiwa ini memberi kesan kepada pasang surut air. Air
pasang berkemungkinan menjadi lebih tinggi.
Bintang
11.00 pm
11.40 pm
12.20 am
1.10 am
1.40 am
2.00 am
2.30 am
2.45 am
3.00 am
3.15 am
3.45 am
4.00 am
4.30 am
Supermoon
Antara peralatan yang digunakan:
Sekian sahaja dari saya,
Nik Ainur Athirah
1 comment:
artikelnya sangat menarik,,
mantap aku suka sama postinganya,,
Post a Comment