Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Thursday, August 10, 2017

BALAI CERAP BARU

Assalamualaikum wbt.

Sudah hampir 3 tahun blog ini tidak update kerana balai cerap mini Dr Rowi telah ditamatkan dan berpindah ke Kg Kubang Rawa, Salor. Alhamdullilah dengan berkat usaha ahli-ahli persatuan Astronomi/Falak Amatur Kelantan, kita sedang berusaha membina sebuah balai cerap yang baru disini.

InsyaAllah balai cerap ini dijangka siap pada bulan oktober 2017 dan akan berfungsi sepenuhnya pada awal tahun 2018 setelah kerja-kerja permasangan alat-alat astronomi. Balai cerap ini akan berfungsi sebagai salah satu cara menarik minat terutama sekali kepada pelajar-pelajar sekolah dan para peminat astronomi semua untuk lebih bergiat dalam ilmu angkasa ini dengan harapan ia menjadi satu pusat bagi merealisasikan celik dan minat kepada sains astronomi terutamanya.

3 comments:

Unknown said...

Adakah balai cerap yang baru ini telah siap? Teruja untuk pergi ke sana, mencerap bintang dan temu bual / interviu dr dan peminat astronomi.

Dr. Rowi said...

Ya. Sudah siap. boleh datang sahaja bila bila masa www.wasap.my/60199266619/BalaiCerap

Noormala said...

Assalamualaikum Dr
Tahun ni boleh ke saya nak bawa anak murid tadika sua ke balai cerap?