Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Wednesday, July 15, 2020

ISTIWA A'DZAM DI BALAI CERAP KOTA BHARU



ISTIWA A'DZAM DI 
BALAI CERAP KOTA BHARU

JULAI 15, 2020
LATITUDE: 6° 1' 50" U
LONGITUDE: 102° 10' 45" T

Bismillahirrahmanirrahim.

Kita tahu bahawa syarat sah solat mestilah menghadap kiblat. Maka, perkara utama yang mesti diketahui adalah dengan menentukan kedudukan arah kiblat. Istiwa 'adzam yang berlaku dua kali setahun membolehkan umat Islam di seluruh dunia menyemak  arah kiblat dengan betul. 

Definisi Istiwa a'dzam:
Kedudukan matahari berada tegak di atas Kaabah. Maka, bayang-bayang yang terbentuk dari objek tegak akan menghala ke arah Kaabah. 

Panduan semakan arah kiblat:
  1. Ambil objek yang tegak dan lurus, kemudian letakkan di bawah sinaran matahari. 
  2. Gunakan waktu SIRIM untuk menyemak waktu berlakunya istiwa a'dzam.
  3. Tandakan bayang-bayang yang terhasil dari objek dengan menggunakan penanda seperti marker pen, selotip dan lain-lain.

Tahun 2020 termasuk dalam tahun lompat. Maka istiwa a'dzam berlaku pada:

  • 27 Mei 2020 (5:16 PM)
  • 15 Julai 2020 (5:28 PM)

Istiwa A'dzam 15 Julai 2020
Penandaan arah kiblat:

Gambar 1: Pelajar praktikal menyemak istiwa a'dzam bersama Prof. Dr. Mahamarowi Omar di bahagian bawah Balai Cerap Kota Bharu



Gambar 2: Penandaan arah kiblat dengan pen marker sebagai objek



Gambar 3: Hasil arah kiblat di bahagian dalam balai cerap



Alhamdulillah,  Balai Cerap Kota Bharu, Kelantan berjaya menyemak arah kiblat pada hari ini! Kesimpulannya, arah kiblat yang terbaru adalah sama dengan yang sebelum ini. 


Sekian,
Penulis:Pelajar praktikal 2020, 15 Julai 2020, Balai Cerap Kota Bharu, Kelantan.
(Syakirin, Salwani, Suhaibah)


1 comment:

apple hijau�� said...

Terima kasih atas info yg sangat berguna.. Kpd semua pelajar praktikal ,,good luck