Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.
Saturday, September 18, 2010
Planet Mercury (Utarid) boleh dilihat waktu subuh
Planet elusive Mercury atau Utarid dapat dilihat waktu subuh untuk minggu ini. Planet ini merupakah sebuah planet yang agak cerah tetapi amat jarang mendapat perhatian para peminat astronomi. Malah ramai sekali para ahli profesional astronomi tidak pernah melihat planet ini seumur hidup mereka.
Minggu ini merupakan salah satu waktu yang paling sesuai untuk mencerap planet ini. Oleh kerana planet ini merupakan sebuah planet yang kecil dan juga dikenali sebagai "Innermost Planet" dalam sistem suria, maka kedudukanya sentiasa tidak jauh dari Matahari. Jadi ia sentiasa berada dalam latar belakang langit yang agak terang seperti diwaktu subuh atau waktu petang hari.
Dua kali dalam setiap tahun, satu kali pada waktu petang dan sekali waktu subuh, planet Mercury ini berada paling jauh dari Matahari dan sudah tentu berada agak tinggi dilangit. Ini memberikan peluang yang baik untuk mencerap dan menjejak planet ini. Minggu ini merupakan waktu yang paling sesuai untuk tahun ini untuk menjejak dan mencerap planet yang paling Elusive ini. Jangan lupa bangun awal, sebaik sahaja selesai solat subuh terus sahaja mencerap planet ini.
Tidak berapa jauh dari dari planet ini terdapat sebuah bintang yang dikenali sebagai "Regulus"yang berada dalam buruj Leo Major.
Anda tidak perlukan sebuah teleskop yang mahal atau berkomputer untuk mengenali planet dan bintang ini cukup sekadar sepasang mata yang sihat, sebuah binokular dan sebuah carta bintang. Jika tidak cukup dengan sepasang mata sahaja.
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment