Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Thursday, August 4, 2011

Jupiter dalam Ramadhan

Assalamualaikum,
Semoga semua berada dalam Rahmat Allah,





Sambil menanti waktu subuh dan bersahur,cuaca agak baik di KB sempat juga kita menjengok planet Jupiter dengan kamera skynyx. Pagi ini tompok merah kelihatan sebaik sahaja cahaya matahari mula timbul tetapi 2 bulan sahaja yang kelihatan . Mungkin dua berada dibelakang planet itu sendiri. Dalam pada itu sementara menunggu waktu Isha' dan tarawih sempat juga kita melihat langit pada sebelah malam sebaik sahaja selesai berbuka. Kamera skynyx yang sentiasa tersedia kita terus saja merakam planet Zuhal. Sayang sekali keadaan "seing" tidak memuaskan


Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

1 comment:

Imran said...

Malam ni NASA akan menghantar prob Juno ke planet Musytari, perjalanan selama 5 tahun.