Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Friday, November 11, 2011

Cerapan 11.11.2011 : Orion Nebula & Sirius

Sekarang, jam 0702  saya berada di Balai Cerap Mini Dr Rowi, matahari semakin memuncul, burung bertebaran keluar dari sarang, langit semakin mencerah cantik. Walaupun kipas ditutup, angin pagi yang sejuk amat kuat menerkam tubuh saya. Terpaksa badan dibungkus dengan  jaket Nike merah.Alatan untuk mencerap pada kali ali adalah teleskop Vixen reflector F/4, QSI Camera. Gambar ditangkap menggunakan ImagePlus 4.00 Camera Control. Kemudian gambar diberi sentuhan daripada ImagePlus (photo editting software) dan juga Adobe Photoshop CS3.


Semalam, adalah kali pertama saya menggunakan ImagePlus, interfacenya yang friendly memudahkan kerja-kerja saya. Selain itu, ImagePlus juga menyediakan tutorial yang ringkas dan padat, saya boleh belajar terus daripada tutorial tersebut untuk mengedit gambar-gambar yang ditangkap.

<><> <><> <><> <><> <><> <> <> <><> <><> <><> <><><><><>
Orion Nebula, M42. Turut kelihatan bintang yang
berpancang disebelah kanan, bintang Nair el - Saif.
Pada gambar Orion Nebula (kiri), bukan sahaja Orion Nebula yang wujud, tetapi de Mairan Nebula juga wujud. De Mairan Nebula, M43 terletak, betul-betul disebelah kiri Orion Nebula.
Selain itu, terdapat juga bintang yang berpancang di sebelah kanan gambar, bintang Nair el-Saif. Nair el - Saif adalah bintang yang melambangkan hujung Pedang Orion.

Bintang Sirius yang berpancang empat.
Pancang terjadi apabila cahaya dibiaskan
oleh bilah labah-labah teleskop.
Manakal gambar kedua, adalah gambar Sirius, bintang paling cerah bagi buruj Canis Major. Sirius juga adalah bintang yang paling cerah di waktu malam. Magnitud Sirius boleh mencapai -1.5. Untuk objek-objek di angkasa kecerahan di ukur mengikut kadar magnitud, lagi negatif kadar magnitud, lagi cerahlah objek itu. Sudah tentu matahari memiliki kadar magnitud tertinggi.
Setakat itu daripada saya, selamat menghabiskan sisa-sisa tahun 1432 HIJRAH dengan amalan-amalan yang mulia khususnya untuk penulis ini.

Ashcroftstylus Az,
Balai Cerap Mini Dr Rowi,
Kota Bharu Malaysia.

No comments: