Salam Semua,
Mengikut lapuran dari spaceweather, tompok Matahari 1339 sedang bergerak kearah barat dan tidak beberapa lama lagi akan menghadap Planet Bumi. Tompok ini lebih besar berkali ganda dari saiz Bumi Jika kebetulan berlaku suar yang ganas pada tompok ini semasa berhadapan dengan Bumi kemungkinan besar aktiviti Aurora akan bertambah dan gangguan pada komukasi akan akan berlaku. Kita tunggu dan lihat.
Cuaca di KB agak baik pagi ini. Selepas pukul 11 pagi, perlahan-lahan menghilang. Imej Matahari dan tompok 1339 dirakamkan dengan penapis Kedrick menggunakan teleskop APM 115 f7.
Selamat Hari raya Eidul Adha,
Dr. Balai Cerap Mini Dr. Rowi
No comments:
Post a Comment