Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Saturday, July 23, 2011

Matahari Hari Ini

Nampaknya Matahari kian hari makin aktif. Pagi tadi kelihatan semarak begitu mengkagumkan. Imej dirakamkan dengan kamera skynyx dan diproses dengan registax dan sedikit phtoshop.

Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Tuesday, July 19, 2011

Matahari Sudah aktif semula

Nampaknya permukaan Matahari sudah menujukan tanda-tanda kembali aktif. Imej dirakam pagi tadi sebelum ke pejabat 



Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Bulan 3/4 akhir

A'mualaikum,
Cuaca sangat cantik di KB hari ini. Malangnya tak sempat untuk merakam MilkyWay. Walaubagimanapun sempat kita rakamkan bulan 3/4 akhir melalui teleskop pentax 4"(f/4) dan teleskop pentax 2.7" (f/7) . Kedua2nya dirakam dengan skynyx monochrome


Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, July 14, 2011

Matahari dalam warna

As'mualaikum,
Pagi tadi sempat menjenguk matahari dengan kamera skynyx monochrome. Nampaknya matahari masih kelihatan tidak aktif. Walaubagimanapun terdapat beberapa tompok dan semarak dibeberapa tempat sekeliling Matahari. Buat masa ini di KB waktu pagi sahaja cuaca agak sesuai untuk cerapan Matahari. Lain2 waktu sukar sekali..








Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Tuesday, July 5, 2011

Cuaca dipantai Mek Mas

Sejak semalam sudah nampak  perubahan cuaca di KB. Langit begitu cantik dengan warna kebiruan dan tiada satu pun tompok awan kelihatan.Maka kita pun terus bersiap sedia ke pantai Mek Mas dengan harapan cuaca akan berkekalan sehingga malam. Sebaik saja menjelang petang langit tiba-tiba menjadi gelap gulita dengan awan yang tebal diikuti angin dan hujan yang lebat. Tujuan untuk merakam panorama Milkyway terpaksa dilupakan saja.
Walaubagaimanapun tanda2 cuaca makin baik di KB sudah pun bermula.
InshAllah




Salam dari Pantai Mek Mas

Saturday, July 2, 2011

Apa sudah jadi cuaca di KB?

Apa suada jadi Cuaca di KB?
  
Sejak 2-3 bulan ini cuaca di KB amat sukar diramalkan. Amat sukar untuk mencerap waktu malam atau pun siang hari..Walaupun teleskop matahari dan sentiasa bersedia untuk merakamkan apa2 saja yang aktiviti berlaku pada Matahari. Dijangka pada tahun hadapan aktiviti pada Matahari akan meningkat.
Begitu la nasib menjadi peminat astronomi di Malaysia terutamanya. Mengikut pengalaman kita, dalam setahun tak lebih dari 2-3 bulan sahaja yang betul-betul kita dapat mencerap.
Jadi tiada aktiviti mencerap dan imejing yang dapat dilakukan dengan sempurna, oleh itu tiada imej terbaru yang dapat dipaparkan disini.
Pada 3 hari yang lepas, Sek. Maahad Lelaki mengadakan Hari Falak dan cerapan malam tapi sedikit pun cerapan tidak dapat dilakukan.
Dan semalam ada rombongan dari Sek.  Men. Sultan Mahmud Kedah datang untuk melawat dan mencerap di pantai Mek Mas K. Besar tapi hampa
Harap dan doakan  agar cuaca bertambah baik
salam,
Dari balai Cerap Mini Dr. Rowi