Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Sunday, October 21, 2012

Musim Tengkujuh Sudah Melanda di KB

Assalamualaikum,
Seperti yang dikatakan sebelum ini, cuaca pada tahun ini agak amat tidak teratur sebaik sahaja kita melangkah tahun 2012. Sejak awal tahun lagi hujan mula turun dan kita di KB tidak mengalami musim panas sedikit pun. Langit lebih banyak dilindungi awan pada siang hari dan malam pula hujan yang lebat. Banyak aktiviti2 astronomi yang dirangcangkan tidak menjadi, begitu juga dengan akviti2 astrofotografi di Balai Cerap Mini kita langsung tidak menjadi. Boleh dikatakan langsung tiada hasil yang baik untuk tahun ini....apakah dunia menjadi lebih sejuk tidak seperti apa yang digembar gemburkan "Global Warming"?.....

Sejak 2-3 hari yang lepas hujan sudah mencurah tanpa henti2 di KB.....matahari langsung tidak kelihatan..ini bermakna musim tengkujuh di pantai timur sudah bermula....maka aktivit2 astronomi terpaksa dihentikan buat sementara waktu.....

Jika ini benar maka musim tengkujuh berlaku terlalu awal di KB....apakah ia berkaitan dengan aktiviti tompok matahari yang aktif pada tahun ini?   Atau ia menujukan bahawa teori yang menyatakan Bumi makin panas tidak benar?....sayang sekali kita tidak mempuyai data yang cukup untuk mengaitkan dengan fenomena ini....

Alangkah baiknya jika kita sama2 mulakan dengan mengumpulkan maklumat ini 2,  mungkin ia amat berguna untuk kita membuat satu hipotesis yang baru .....


Maka semua teleskop akan dipanaskan sedikit supaya cerminya tidak dijangkiti kulat...


 
Suasana di KB buat masa kini......hujan tidak henti2...sukar sekali untuk matahari kelihatan......



Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi



2 comments:

mymoon said...

Time to PTS the telescopes on the East coast.

In the meantime we are at the tail end of el nino or el nina. InsyaAllah next year will be better.

See you next year.

Dr. Rowi said...

Lam lagi tu Abe Aziz next year...kena mari KB selalu...