Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Saturday, October 27, 2012

Selamat Hari Raya Eidul Adha

Assalamualaikum,

Salam sejahtera semoga kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah sentiasa. Mungkin semalam merupakan satu rahmat Allah besar bagi penduduk di KB dan umunya seluruh pendudukan Kelantan yang secara tiba2 dikurniakan denagn cuaca yang amat baik dan indah sekali. Kebetulan pula ia merupankan hari pertama Raya Qurban atau Eidul Adha. Jadi segala aktiviti Qurban secara umumnya berjalan sangat lancar walaupun  terpaksa berkejaran ke Masjid pula pada tengah hari kerana terpaksa menunai solat Jumaat. Lebih2 lagi cuaca yang baik pada pagi semalam terus sahaja berlanjutan sehingga kemalam dan seterusnya pada hari ini. Ini merupakan satu satu fenomena yang jarang buat tahun ini dan seingat kita ini merupakan hari yang pertama bagi tahun ini dengan cuaca yang begitu baik dengan bintang2 bergemelapan walaupun disinari oleh cahaya bulan yang terang benderang. Kebetulan pula kita berada di Pantai Mek Mas semalam . Semoga cuaca akan terus kekal dan InshAllah kita akan cuba melakukan kerja2 astrofografi yang sudah lama tidak berjalan....

Matahari pada hari ini...masih dalam keadaan yang aktif...




Selamat Menyambut Eidul Adha kepada seluruh  peminat2 astronomi diamana sahaja anda berada

Salam,
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

No comments: