Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Saturday, February 16, 2013

Panel Astronomi

Assalamualaikum,

Pada 14-2-13 saya telah dijemput sebagai salah seorang panel astronomi bagi pehak Dewan Bahasa dan Pustaka yang terdiri dari 6 orang kesemuanya. Mereka terdiri dari Prof. Dato' Baharudin Yatim (UKM), Prof Dato' Dr. Mohd Zamri (UM), Prof Baharrudin (UNISZA), Dr. Kassim Bahali dari Balai Cerap Al-Khawarizmi (Melaka) dan saya sendiri.

Tujuan perlantikan ahli-ahli panel ini adalah:

1. Untuk melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
2. Perbincangan Skop Tugasan Panel Pakar
3. Perbincangan berkenaan pemetaan bidang
4. dan juga hal yang berkaitan dengan astronomi secara umum

Diantara tugas dan tanggungjawab ahli panel adalah

i)      Menghadiri mesyuarat panel yang telah diatur oleh urus setia.
ii)     Mencadangkan dan menambah baik pemetaan bidang.
iii)    Mencadangkan judul-judul baharu dalam bidang yang berkaitan.
iv)    Mencadangkan penulis, penilai dan penyunting yang bersesuaian mengikut keperluan.
v)     Menjamin kesahihan fakta dan mutu penerbitan, serta memastikan penerbitannya teratur dan terancang.
vi)    Menilai kertas cadangan judul dan memperakukannya.
vii)   Menilai manuskrip dan memperakukannya.
viii)  Mengenal pasti isu-isu semasa yang berlaku mengikut bidang yang boleh dijadikan bahan penulisan supaya karya yang dihasilkan adalah terkini dan mengikuti perkembangan semasa.

Dari perbincangan tempoh hari, dapat kita simpulkan bahawa:
1. kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah bersungguh-sungguh untuk memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa sains dan teknologi.
2. Bersungguh-sungguh untuk memperbanyakkan buku dan karya dalam astronomi yang sangat sedikit masa kini, baik penulisan dalam bentuk ilmiah atau sebagai bacaan umum
3. Dewan Bahasa dan Pustaka berjanji akan;

    - mempercepatkan penerbitan

    - memberi bimbingan, kaunseling dan pemantauan

    - mengadakan kursus-kursus penulisan bagi sesiapa yang berminat

    - elaun mauskrip sebanyak RM 1000 akan diberikan kepada penulis buku bacaan umum dan RM 20 000 bagi buku ilmiah. Ini tidak termasuk royalti-royalti pendahuluan dan jualan.

Buat masa ini, panel telah bersetuju untuk cuba menghasilkan 20 judul buku-buku yang berkaitan dengan astronomi. diantaranya adalah seperti:
a. Sistem suria
b. Matahari
c. Bulan
d. Alat-alat pencerapan
e. Radioteleskop
f. Pengimejan
g. Fungsi balai cerap
h. Sejarah falak Melayu
i. Penentuan kiblat dan Solat
j. Teknik-teknik pengimejan
k. Astrofizik dan lain-lain lagi berkait dengan astronomi.

Oleh itu, saya menyeru kawan-kawan semua agar dapat menyahut cabaran ini untuk memulakan satu langkah baru sebagai seorang penulis buku astronomi. InsyaAllah, target 250,000 buah buku (iaitu 20% dari jumlah penduduk Malaysia) akan tercapai menjelang 2020....semoga ilmu yang kawan-kawan semua curahkan akan mendapat limpah rahmat didunia dan akhirat... Amien

Dengan lain kata bidang astronomi sedang mendapat perhatian yang besar dari kerajaan dan juga peminat Malaysia secara amnya. Semoga dengan ini cita-cita untuk membawa astronomi ke masyarakat akan tercapai....

Salam,

Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

2 comments:

mymoon said...

Alhamdulillah. Semoga Allah beri kejayaan kepada projek ini.

Kena kembangkan dan lengkapkan juga istillah astronomi Bahasa Melayu. Masuk tugasan dalam skop kumpulan.

aziz

Anonymous said...

geotorelxzp credit card debt
debt consolidation services