Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Saturday, May 10, 2014

Planet Saturn Pada Oposisi

Assalamualaikum wrbt..
Semoga saudara saudari tidak kira dimana jua berada dalam rahmat Allah S.W.T sentiasa.

Pada 10hb Mei ini iaitu pada hari ini planet Saturn akan berada dalam keadaan oposisi,ini bermakna planet ini berada jarak yang paling hampir dengan bumi dengan perkataan yang lain planet ini akan kelihatan dilangit sebaik sahaja matahari terbenam dan tenggelam pada ufuk barat seketika matahari terbit pada ufuk timur. Jadi kita akan dapat melihat planet ini sepanjang waktu malam. Ia kelihatan berwarna kuning keemasan dan berada dalam buruj LIBRA.




Imej Dirakamkan oleh Muhamad Khamis dan diproses menggunakan Registax6 dan Photoshop.

Planet ini merupakan planet yang paling cantik dalam sistem suria kerana mempunyai gelang disekelilingnya yang amat terang. Planet-planet seperti Uranus dan Neptune juga mempunyai sistem gelang tetapi amat malap dan sukar dilihat dengan alatan yang kita ada. Planet Saturn merupakan planet ke-Dua terbesar dalam sistem suria dan ketumpatan yang paling rendah dari air. Jika Bumi mempunyai jumlah air laut yang lebih besar dari Saturn, nescaya planet ini akan terapung. Pada ketika ini lingkaran piring Saturn berada dalam kedudukan 27.3 degree dari pandangan mata bagi mereka yang berada di Bumi. Planet Saturn ini 95 kali lebih besar dari Bumi kita, Zuhal atau dikenali sebagai Saturn juga merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam suria kita, selepas Musytari, Uranus dan Neptun. Gelang Saturn ini mempunyai kecondongan 27.3°dengan bergantung kepada orbit Saturn ini. Saturn mempunyai satu sistem gelang atau cecincin yang utama terdiri kebanyakannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Sebanyak enam puluh bulan-bulan mengorbit planet berkenaan.

Ini adalah masa yang sesuai untuk memerhati, mencerap dan merakamkannya. 

Salam dari Balai Cerap Mini Dr Rowi 

Dilaporkan oleh Muhamad Khamis (Pengerusi Kelab Falak KIAS)  

No comments: