Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Tuesday, April 29, 2014

Lawatan pelajar ijazah sarjana muda (Astronomi), Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t..

Pada 19 April yang lalu, seramai 31 orang Mahasiswa/wi Ijazah Sarjana Muda Syariah (Astronomi Islam), Universiti Malaya, Kuala Lumpur telah melakukan lawatan muhibah di Balai Cerap Mini Dr Rowi yang berada di Taman Tarbiah Guchil Bayam Kota Bharu. Ia merupakan kunjungan buat pertama kali bagi Mahasisiwa/wi UM ini ke Balai Cerap kita.

Tujuan utama lawatan muhibah  ini adalah  semata-mata untuk mengenali dengan lebih dekat kemudahan-kemudahan  yang ada dalam balai cerap ini serta aktiviti-akviti yang dijalankan. Tidak ketinggalan sejarah penubuhan balai cerap ini.


Kita mengharapkan agar lawatan yang singkat ini dapat memberikan sedikit munafaat kepada mereka agar suatu hari nanti mereka semua bercita-cita untuk mempunyai balai cerap sendiri ....InshaAllah. 

Kita juga mengharapkan agar kunjungan ini bukan yang  pertama dan yang terakhir...tetapi ia akan berterusan sepanjang masa. Semoga balai cerap ini akan  menjadi tempat untuk mahasiswa/wi berkogsi ilmu dengan kita dan peminat astronomi semua terutamanya pelajar-pelajar di Kelantan. 

-








Salam dari,
Balai Cerap Mini Dr Rowi

No comments: