Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Thursday, June 23, 2011

Apakah Suria Kembali Aktif?

  Assalamuaalikum,






 
Pagi tadi kita sempat merakam wajah Matahari sebelum ke pejabat, nampaknya permukaannya lebih aktif kalau dibandingkan dengan semalam. adakah kini Matahari kembali aktif?.
Kita tunggu dan lihat.

11 comments:

Redzuan said...

Saya suka gambar pertama. Nampaknya menggunakan barlow 4x atau 5x.

Gambar kedua nampak over-sharpen dan agak noisy. Mungkin juga kerana re-sizing.

Apa pun, tahniah Dr, sempat juga.

Dr. Rowi said...

Wan Tq kerana sudi lawat laman kita dan komen yang megembirakan. Gambar pertama tu kita guna 2X barlow saja.
Wan, mengapa kebanyakan dari imej yang kita dapat bila kita buat sharpening dengan valvelet akan timbul satu atau dua garisan hampir2 ditengah imej. Ada kala tidak ada tapi kebanyakan akan timbul sebaik saja proses valvelet dilakukan. Cuba wan perhati pada gambar 2.
Wan Tq banyak2 kerana sudi komen dan kita harap wan sentiasa check lamam kita. Saya amat gembira dapat belajar imejing matahari dari Wan. Sungguh seronok..kena cari solar scope besar lagi...he he dan dok gintai skynyx color pulak.....wow
salam
Rowi

Redzuan said...

2x barlow sahaja?! Tak sangka...

Wavelet tu jadi ada mcm garisan pembahagi sempadan sebab ada multiple alignment points. Saya rasa dia bahagikan gambar yang kita proses ikut bahagian tertentu, align, stack dan wavelet dibuat secara berasingan ikut pembahagian tersebut. Sebab tu bila buat sharpening, difference tu jadi makin ketara. Saya biasanya proses guna satu alignment point sahaja pada feature yang paling menarik.

Saya sokong pendapat Dr untuk scope lebih besar. Lebih berbaloi untuk capture sun's intricate details dijangka tahun hadapan. Untuk color, kita boleh overlap (processing) dgn mana2 gambar berwarna dari CCD lain termasuk DSLR.

Dr. Rowi said...

Tq Wan,
Mungkin betul apa yang wan kata. Dulu saya guna satu point sahaja untuk alignment tapi sekarang ni saya gunakan 2 atau 3 point. Saya ingat terdapat kecacatan pada pixel kamera. Garisan itu nampak bertambah jelas bila saya guna too much sharpening. Apa2 pun saya akan cuba buat satu point alignment sahaja dan bagitau pada Wan semula
Salam

Dr. Rowi said...

Wan, saya dah cuba dengan satu point alignment tapi masih lagi nampak garisan tu. Cuma yang nyata kalau saya buat over sharpening garisan tu nampak lagi jelas.
adakah kerana kerosakan pada pixel camera?

Redzuan said...

Setakat ini, saya tiada masalah tu jika guna satu alignment point. Jika Dr guna Registax 6, dia akan pilih multiple alignment point secara automatik. Saya masih menggunakan Registax 5. Dan saya tak menggunakan sharpening yang terlalu tinggi, untuk elakkan niose dan atifact yang pelik2. Dr punyer stack size berapa untuk setiap imej? Jika stack size banyak, >300 akan membolehkan imej yang lebih smooth.

Dr. Rowi said...

Tq Wan, kalau begitu saya akan downloadkan registax 5 dan cuba gunakan. Kalu ada2 apa2 berita saya bagitau Wan balik. Serupa tak cara proses registax5 dengan registax 6?
Biasanya saya gunakan 200 frame sahaja. Ada jugak saya gunakan sampai 1000 frame tapi garisan tu masih ada. Biasanya brapa frame yang Wan pakai?
Salam

Dr. Rowi said...

Wan,
Ini adalah jawapan yang saya terima dari salah seorang pakar dalam skynyx camera. Cuba Wan fahamkan apa maksudnya. Adakah setiapa imeg kena buat dark frame dan mesti kena buar dark substraction? Nampaknya kena buat dua kerja

He's not shooting darks or bias frames. He needs to figure out the right exposure for his solar image and then shoot some frames at the same exposure setting with the scope's lens cap on. If he does this, the frames he is taking will work as both dark and bias frames so he will only need to stack them into a master dark and subtract that file from each of the solar images he is taking before stacking the light images.

Redzuan said...

Darks dulu saya buat untuk webcam. Mmg gambar yang dihasilkan boleh process jauh lebih lasak. Saya tidak buat untuk SkyNyx pula dengan anggapan gambar sudah memadai. Tetapi dia tetap tak hilangkan garisan pembahagi tu. Mungkin Dr boleh cuba untuk tgk jika ia menyelesaikan masalah ni.

Basically lepas imej, kita tutup lens dan buat exposure yang sama setting dgn imaging sebelum tu. daripada gambar gelap (dark) ni, kita stack dan create master dark untuk kita subtract dalam Registax.

Dr. Rowi said...

Maksudnya kalu kita ambil light frame 200, dark pun 200 jugak ke? bunyinya sama seperti ccd camera yang lain. Macam mana pulak nak cari titik untuk stack kerana semua frame akan kelihatan gelap?
Rowi

Redzuan said...

Untuk darks kita boleh buat sama jumlah untuk stack atau kurang sikit. Utk ebcam tiada masalah la untuk buat junlah yang sama dgn light frames. Stacking tak perlu pilih alignment point. Dia akan stack sendiri. Untuk registax saya rasa dia minta Master_Dark secara terus. Kita kene stack kat software lain dulu. Sebelum ni saya guna DeepSkyStacker. Dia create Master dark dari darks yang kita masukkan. Then kita guna Masterdark ni dalam Registax untuk processing.