Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Saturday, June 30, 2012

Matahari yang menakjubkan

Assalamualaikum..

Pagi tadi (29/6/12) cuaca di Kota Bahru amat indah sekali dengan cahaya matahari yang amat terang dan awan yang hampir2 langsung tidak kelihatan. 5-6 hari yang lepas kelihatan  permukaan matahari hampir langsung tidak mempunyai tompok2 dan semarak yang besar. Tetapi 3-4 hari yang lepas kelihatan beberapa tompok hitam menjelma kembali. Malah yang menakjubkan terdapat banyak sekali semarak yang kelihatan pada tepi matahari dan kesemuanya amat besar dan jelas kelihatan melalui teleskop coronado kita..

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau penuras matahari...jangan melepaskan peluang sebegini.


Imej diatas adalah salah satu semarak yang amat besar yang belum kita lihat sebelum ini. Manakala imej dibawah merupakan salah satu tompok matahari yang sedang meyemburkan gas2 yang panas keluar dari permukaanya..


Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Wednesday, June 27, 2012

Bulan sebelum Ramadhan

Assalamualikum,

Sudah lama agaknya kita tidak updatekan berita dalam ruangan ini, ini kerana:

1. Agak lama berada diluar KB
2. Cuaca di KB agak tidak menentu baik siang atau malam

Dari pengamatan kita sejak berjinak dalam astronomi, ternyata inilah tahun yang paling sukar untuk kita melakukan kerja2 astrofotografi. Kalau pada  waktu2 yang lepas kita mempunyai waktu dan cuaca yang sangat baik bermula pada bulan Januari sehingga Apri atau May dengan cuaca yang kurang berawan serta kepanasan yang luar biasa serta kekeringan. Sering di KB kita bersolat hajat memohon agar diturunkan hujan dan menyuburkan Bumi. Tetapi kali ini semenjak awal tahun lagi hujan dan awan sudah bermula dan kita tidak mengalami musim panas yang ketara...Apa2 pun kita harus bershukur kepada ALLAH  ...kerana dia yang menentukan segalanya..
Malam ini cuaca agak baik dan bulan agak terang dan mungkin kerana bulan puasa tidak berapa lama lagi.



 Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Wednesday, June 6, 2012

Double Transit di Pantai Mek Mas

PANTAI MEK MAS 6 JUN - Kami bersama-sama dengan wakill Jabatan Ukur (JUPEM), JKPTG, Jab Mufti Kelantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK), Pelajar- pelajar KIST berserta pensyarah, pelajar KIAS  dan penduduk sekitar telah melakukan pencerapan dan pengimejan anjuran Balai Cerap Mini Dr. Rowi. Tetapi malang sekali cuaca tidak mengizinkan sejak semalam lagi langit dilindungi oleh awan tebal sehingga berakhirnya fenomena transit tengah hari tadi. Amat sukar sekali untuk kita merakamkan imej transit planet zuhrah.Ttetapi kadang-kadang diketika cuaca baik kita sempat merakam transit planet zuhrah dan kita amat bertuah pada pagi ini semasa rakaman dilakukan tiba-tiba kapal terbang (? MAS / Air Asia) melintasi permukaan Matahari.

Berikut merupakan gambar yang sempat dirakamkan. Kebanyakan imej transit  telah dirakamkan dengan menggunakan teleskop coronado 40mm yang dilengkapi dengan penuras alpha hidrogen dan kamera skynyx (mono) diproses dengan registax 6 dan photoshop.....

Foto kredit bersama Ainun. Thank U & Berbaloi-baloi...:)









Disediakan oleh: NIK MOHD RAZIF BIN NIK HASHIM (abejih@gmail.com)

Sunday, June 3, 2012

Tompok Matahari meningkat semasa transit Venus?

Assalamualaikum,
Masih ada 3 hari untuk kita mepersiapkan alatan astronomi untuk menunggu ketibaan fenomena transit planet venus. Dilapurkan dari spaceweather bahawa aktiviti tompok matahari sedang meningkat ketika ini. Kita mengharapakan agar semasa transit ini, kita bukan sahaja dapat melihat bayangan planet venus melintasi permukaan matahari tetapi tetapi juga tompok matahari, semarak, filamen, suar, flaculae dengan lebih hebat dan rancak.

 Kawan2 kita yang berada di lain tempat sedang bersiap sedia untuk terbang ketempat yang lebih ke timor dengan harapan agar dapt melihat keseluruhaqn peristiwa ini.
Balai Cerap Mini Dr. Rowi akan melakukan cerapan di pantai Mek Mas Kuala besar berasama2 dengan kawan2 yang lain...InshaAllah.

Imej Matahari pada pagi ini (3-6-12) kelihatan beberapa prominen pada sembirnya


 Imej kedua ini menunjukan beberapa tompok matahari dan filamen2nya

Bagi mereka yang belum pernah melihat tompok2nya agar segera memerhatikanya (sudah tentu dengan penuras matahari yang sesuai) supaya agak senang untuk melihat bayangan planet venus nanti....sekian

Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, May 31, 2012

Imej terakhir Venus?

Assalamualikum,
Barangkali ini lah imej terakhir planet venus sebelum berlakunya transit. Kedudukan venus sekarang agak rendah semasa matahari terbenam dan amat sukar sekali untuk melihat dan merakamkan imejnya. Ini  kerana cahaya dari venus terpaksa melalui lapisan atmosfera yang paling tebal dan dengan itu imejnya kelihatan bergoyang dan kabur. Oleh itu untuk merakamkan imej adalah disyorkan supaya dilakukan pada waktu tengah hari atau petang sebelum matahari terbenam diufuk barat. Planet ini sedang menuju ke matahari dan akan melintasinya sedikit masa nanti. Oleh itu bagi peminat2 astronomi semua, ini adalah waktu yang sesuai untuk kita melihat dan merakamkan imejnya walaupun agak sukar tetapi imejnya sangat cantik dan besar seolah-olah seperti bulan baru... disamping itu juga sebagai persediaan untuk melihat satu fenomena yang amat jarang terjadi itu transit planet venus. Jika tidak, kita tidak mungkin akan melihatnya lagi bagi mereka yang hidup pada masa ini....


Imej ini dirakamkan pada 30-5-12
Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi


Saturday, May 26, 2012

Matahari pagi ini

Assalamualaikum,
Mengikut lapuran spaceweather, 3-4 hari lalu keadaan matahari agak tenang dengan tiada tompok matahari yang aktif dan cenderung untuk meletus dengan skala sinaran yang tinggi tetapi pada pagi ini 26-5-12 pada sembirnya masih banyak semerak yang sangat besar dan aktif . Salah satunya dapat dirakamkan pada pagi ini..Jika kita dapat memantau aktiviti ini diselurh negara tentu sekali ia akan menjadi lebih menarik. Bagi mereka yang mempunyai teleskop matahari seperti coronado tentu sekali tidak mahu melepaskan peluang sebegini tambahan pula transit venus tidak seberapa lama lagi....





Salam dari Balai Cerap mini Dr. Rowi

Sunday, May 20, 2012

Venus sebelum transit

Assalamualikum,
Planet venus atau zuhrah semakin rendah kedudukanya pada ketika waktu matahari terbenam dan ini bermakna ia semakin  menghampiri matahari. Rupanya juga semakin cantik dan saiz bertambah besar. Bagi mereka yang belum pernah melihat planet venus tentu sekali akan menyangka ianya bulan sabit. Lebih kurang 2 minggu lagi planet ini akan melintasi permukaan matahari (ia itu pada 6-6-12). Jadi sama2 lah kita melihat perubahan fasa-fasa planet ini sebelum ia melintasi permukaan matahari...


Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, May 17, 2012

Semerak yang terbesar pernah dilihat

Pada 13-5-12 baru-baru ini terdapat begitu banyak sekali semerak pada matahari. Terdapat 2 kelompok semarak yang amat besar dan belum pernah saya lihat selama ini....memang benar tahun ini dan tahun akan depan akan meyaksikan aktiviti-aktiviti yang lebih hebat lagi...jadi sama2 lah kita jika berpeluang untuk melihat kelakuan bintang yang paling dekat dan amat berpengaruh kepada hidup kita. Tanpanya mungkin sukar untuk kita berada diasini...itu lah kekuasaan yang Allah yang maha besar.






Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, May 10, 2012

Aktiviti tompok matahari 1476

Aktiviti tompok matahari makin menganas...demikian lapuran dari spaceweather. Kemungkinan ia akan mengeluarkan suar klas-X bila tompok ini menghadap bumi


 Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi