Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Wednesday, April 23, 2014

Hasil cerapan selama beberapa hari di Balai Cerap Mini Dr. Rowi

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum dan salam perkenalan kepada para pembaca sekalian,

saya Nik Ainur Athirah, pelajar Sarjana Muda Sains Senibina di UiTM Perak telah berkunjung ke Balai Cerap Mini Dr. Rowi di Kota Bharu selama beberapa hari untuk mengisi waktu lapang sepanjang cuti pertengahan semester. Saya mula berminat untuk menimba ilmu dalam bidang astronomi apabila timbul rasa ingin tahu tentang planet, Bulan dan bintang yang wujud dalam alam semesta ini. 

     Selain itu, saya juga berminat dalam bidang fotografi. Saya lebih suka mengambil gambar alam semulajadi dan gambar pada waktu malam kerana pada pandangan saya suasana pada waktu malam lebih menarik. Sebelum ini saya hanya mengambil gambar sahaja dan tidak mengetahui nama-nama bintang dan buruj yang terdapat di langit pada waktu malam. 

     Saya mulakan pembacaan saya tentang ilmu falak di laman web FalakOnline milik En. Shahrin Ahmad. Saya juga membaca tentang ahli-ahli astronomi yang terdapat di negara kita walaupun bilangannya tidak ramai. Selepas itu, saya mengikuti perkembangan di laman Facebook FalakOnline untuk melihat planet-planet yang boleh dilihat dengan mata kasar pada waktu malam.

     Seterusnya, saya mengambil keputusan untuk memenuhi waktu cuti saya pada kali ini dengan berkunjung ke Balai Cerap Dr. Rowi untuk menimba ilmu.
Saya telah menyertai beberapa orang pelajar KIAS iaitu Muhamad Khamis dan Muhammad Azim. Mereka telah mengajar saya menggunakan software RegiStax 6 untuk memproses gambar yang telah diambil menggunakan teleskop Mewlon 10" dan kamera Skynyx. Kami berada di Balai Cerap Dr. Rowi pada waktu malam hingga pagi.

     Pada hari seterusnya, Dr. Rowi telah mengajar saya cara mengendalikan Balai Cerap tersebut dan cara menggunakan teleskop. Kami telah mengambil dan memproses gambar Bulan, Matahari dan planet-planet seperti Marikh, Zuhal, Zuhrah dan Musytari.
Antara peralatan yang kami gunakan termasuklah:
- Teleskop Takahashi Mewlon 10" Ap 1200 Mount
- Kamera Skynyx Color  •1000 frame, 1200 frame, 1500 frame

Di sini saya sertakan gambar-gambar yang telah saya rakam dengan menggunakan Nikon D90 dan gambar-gambar yang telah kami proses menggunakan RegiStax 6, Picasa 3 dan Adobe Photoshop CS6.


14 & 15 April 2014
Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Marikh

12.59am



16 & 17 April 2014
Jarak antara Marikh dengan Bulan



Marikh


Zuhal



monochrome

buruj

bintang


18 & 19 April 2014

Marikh/Mars




Zuhal/Saturn


Zuhrah/Venus


Musytari/Jupiter


Saya juga sempat merakam beberapa gambar permukaan Bulan pada waktu yang berlainan.













20 & 21 April 2014

Gambar Bulan yang telah dirakam meggunakan Nikon D90 dan lens Nikon 27-300mm dengan menggunakan setting yang berlainan.





 Panorama dari Balai Cerap Dr. Rowi.(hasil gabungan 10 gambar)


Pada 20 April, kami telah bermalam di Balai Cerap Mini Dr. Rowi dan sempat diajar oleh beliau cara-cara untuk merakam imej Matahari.
Berikut adalah beberapa gambar Matahari yang telah kami proses.








     Kesimpulannya, saya berharap agar diberi waktu, ruang dan peluang untuk menimba ilmu dalam bidang astronomi dengan lebih mendalam kerana masih banyak ilmu yang perlu saya pelajari. Saya juga berharap dapat mengaitkan bidang astronomi dan bidang senibina. Semoga ilmu yang diperoleh dalam bidang astronomi sedikit sebanyak dapat saya kongsikan bersama. Kita seharusnya berani untuk menerokai bidang ilmu yang baru dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Harapan saya adalah agar lebih ramai orang berminat dan mula menceburi bidang ini lebih awal dan lebih mendalam. 
Sekian, wassalam.









No comments: