Diharap kita berada di bawah lindungan Allah s.w.t dan sentiasa dapat perlindungan-Nya. Disini saya ingin memohon maaf kerana terlambat untuk mengemas kini dan memuat naik gambar.. Berikut merupakan gambar Marikh yang diambil pada 26 April 2014.. Jika diperhatikan dengan betul, kita dapat melihat tompokan putih pada permukaan Marikh.. Tompokan putih tersebut merupakan kutub-kutub yang ada di Marikh pada waktu itu..
Kami juga telah merakam dan mengambil imej Jupiter dan Saturn.. Mari kita lihat bagaimana keadaan Jupiter dan Saturn pada 26 April 2014..
Jam 2.18 pagi |
Jam 2.45 pagi |
Jam 2.58 pagi |
Jam 10.12 malam |
Jam 10.24 malam |
Pada jam 6.09 pagi, saya sempat melihat dengan mata kasar kedudukan bulan dan Venus yang hampir kedudukannya diantara satu sama lain. Saya amat terkilan kerana tidak dapat merakamkan imej bulan dan Venus pada kedudukan tersebut.. InshaAllah jika berkesempatan, akan saya mengambil imej mereka..
Matahari semakin meninggi, tanpa membuang masa kami meneruskan aktiviti mencerap matahari bermula pada pukul 8.07 pagi. Ini kerana matahari dapat dilihat sepenuhnya pada waktu itu dari segala halangan yang melindungi teleskop dari melihat matahari tersebut.. Berikut merupakan imej yang sempat kami rakamkan pagi tadi..
Jam 11.03 pagi |
Jam 11.13 pagi |
Add caption |
Imej matahari diatas di stacking menggunakan registax dan diedit menggunakan adobephotoshop.
Antara peralatan yang kami gunakan sepanjang pengambilan imej ini adalah:
- Teleskop Takahashi Mewlon 10 inci/ Ap 1200 Mount
- Kamera Skynix Color •1000 frame, 1200 frame, 1500 frame,
- Diproses melalui Registax
- Diedit melalui Adobephotoshop
Sekian dari kami,
Kelab Mahasiswa Falak,
Shahirah
Muhamad Khamis
Toha
Dari,
Balai Cerap Mini Dr Rowi
26 April 2014, jam 10.43 malam.
No comments:
Post a Comment