Assalamualaikum,
Beberapa hari lagi planet Marikh akan berada pada jarak yang paling dekat dengan Bumi. Pada ketika ini saiz planet Marikh akan kelihatan lebih besar dari kebiasaan, kemudian ia akan akan berangsur-angsur mengecil sehingga ia seolah kelihatan seperti sebuah bintang sahaja walaupun dilihat dengan teleskop. Kita terpaksa menunggu lebih dua tahun lagi untuk melihat planet ini kembali berada pada kedudukan yang dekat seperti sekarang.
Oleh itu gunakan peluang ini untuk melihat planet yang indah ini sebelum terlewat....caranya ialah dengan melawat mana-mana balai cerap yang ada di Malaysia ini seperti di Teluk Kemang, Tanjung Bidara Melaka, Balai Celap Langkawi, Selangor dan lain2 lagi.
Di Balai Cerap Mini kita di Kota Bharu kita mempunyai sebuah teleskop yang boleh digunakan untuk melihat planet ini walaupun tidak secangih apa yang ada pada balai cerap yang saya sebutkan diatas....tetapi cukup untuk melihat planet ini....
Ini adalah sebuah imej yang telah dirakamkan oleh pelajar2 dari Kolej KIAS dibalai Cerap Mini Kita.....
Salam,
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi
No comments:
Post a Comment