Semoga pembaca-pembaca blog berada dalam perlindungan Allah dan sihat sejahtera..
Malam ini sekali lagi kami bertandang ke rumah Dr Rowi untuk melihat dan merakam imej-imej planet yang berada di angkasa sekarang ini. Kami menggunakan kemudahan-kemudahan di Balai Cerap Mini milik beliau untuk merakam dan melihat imej-imej planet. Berikut merupakan imej planet marikh yg berjaya kami rakamkan pada malam ini.
Pada 14 April nanti, planet Marikh akan bercahaya seperti bulan dan kita dapat melihatnya dengan jelas kerana ia merupakan planet yang paling bercahaya di langit. Jika tiada teleskop, kita juga boleh melihat melalui mata kasar sahaja. Selain itu, kami juga merakam planet Jupiter dan planet Saturn yang berada di langit pada waktu itu. Berikut adalah imej yang berjaya dirakam oleh kami.
Antara peralatan yang kami gunakan sepanjang pengambilan imej ini adalah:
- Teleskop Takahashi Mewlon 10 inci/ Ap 1200 Mount
- Kamera Skynix Color •1000 frame, 1200 frame, 1500 frame
- Diproses melalui Registax
- Diedit melalui Adobephotoshop
Sampai disini sahaja perbicaraan saya. Akan bersambung pada esok hari. InshaAllah jika diizinkan oleh Allah untuk melihat dan merakam imej planet Marikh yang semakin hampir dengan oposisinya. Jangan lepaskan peluang untuk melihat planet Marikh yang bercahaya ketika itu kerana ianya mengambil dua tahun lagi untuk melihatnya.
Sekian dari kami,
Kelab Mahasiswa Falak
Muhamad Khamis
Muhammad Azim
Dari Balai Cerap Mini Dr Rowi
12 April 2014
No comments:
Post a Comment